Khabar angin mengenai keretakan rumah tangga pasangan terkenal ini kembali hangat diperkatakan, di mana pengarah tersohor iaitu Syamsul Yusof, 40, dikatakan telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor semalam.
Syamsul Yusof Dan Ira Kazar Berpisah?
Menurut laporan yang dipetik daripada Harian Metro, sumber mendakwa keputusan tersebut diambil oleh Syamsul selepas wujudnya perbezaan yang tidak dapat didamaikan antara mereka berdua.
“Sudah tidak ada persefahaman dalam perkahwinan mereka,” kata sumber itu.
Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, masih tiada sebarang kenyataan rasmi atau pengesahan daripada Syamsul mahupun Ira mengenai status perkahwinan mereka.
Untuk makluman, Syamsul dan Ira, atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand. Pengesahan perkahwinan tersebut dibuat oleh Syamsul sendiri melalui sebuah video yang dimuat naik ke Instagram pada Januari tahun lalu.
Perkahwinan Syamsul dengan Ira turut mencetuskan kontroversi apabila Puteri Sarah, yang ketika itu masih bergelar isteri pertama Syamsul, nekad memfailkan perceraian. Akhirnya, mereka berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.
Kredit: Harian Metro