fbpx

Usahawan kosmetik dan selebriti sensai, Safiey Ilias kini dikatakan bakal berdepan hukuman penjara membabitkan kesalahan di bawah Peraturan 7 (1)(a) iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Waran tangkap sudah di keluarkan

Menurut sumber Harian Metro, waran tangkap juga sudah dikeluarkan selepas dua kali gagal hadir pada prosiding yang dijalankan.

Namun Safiey ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Saya tak nak komen apa-apa dulu sebab sudah menjadi kes mahkamah. Saya akan beritahu kelak sehingga kes ini selesai Isnin ini.

Saya sendiri tidak tahu

Menurut beliau lagi, dia sendiri pun tak tahu pasal kes perbicaraan kes ni di mahkamah.

Saya sendiri tidak sebab semasa writ saman dihantar, saya juga tak pasti sama ada ia dihantar ke pejabat atau rumah. Kalau pejabat, pejabat sudah tutup lama. Kalau di rumah, saya pula berada di kampung sejak Ogos lalu akibat masalah depresi dan bipolar.

Kalau saya tahu akan kes ini, pasti saya beri kerjasama sepenuhnya kerana saya tidak pernah lagi gagal hadir mana-mana kes lain di mahkamah sebelum ini.

Walau bagaimanapun, difahamkan, Safiey perlu hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Isnin ini bagi mendengar keputusan kes itu.

[fbcomments]