Siapa sangka Dr Nisha Thayananthan,salah seorang frontliner yang bertugas di Hospital Putrajaya ni sebenarnya merupakan Miss World Malaysia 2019.
Suka buat kerja amal
Menerusi perkongsian BERNAMA, Dr Nisha kini aktif membantu golongan memerlukan yang terkesan akibat wabak Covid-19.
Dia juga telah memandu ke beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Seremban, negeri kelahirannya, untuk mengagihkan sumbangan seperti beras, minyak masak dan susu.
“Saya dididik dengan prinsip memberi adalah lebih baik daripada menerima, terutama kepada golongan kurang bernasib baik. Ibu bapa saya menjadi inspirasi.
“Saya sudah lama sertai misi kemanusiaan, sepanjang perjalanan ini, saya telah bertemu ramai orang susah, terutama semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).”
Ibunya mengurus rumah orang tua & haiwan terbiar
Ibu kepada ratu cantik ini juga telah menguruskan rumah penjagaan orang tua serta pusat perlindungan haiwan terbiar di Petaling Jaya, Selangor. Difahamkan kadang-kala dia turut membantu ibunya dalam menguruskan pusat kebajikan ini.
“Sebagai doktor, saya mahu semua orang berhati-hati dan duduk di rumah kerana kami sedang bertungkus lumus membasmi COVID-19,” katanya.