Terkini, usahawan kosmetik sensasi, Safiey Ilias atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias menerusi hantaran di laman Instagramnya membuat pendedahan yang mengejutkan dimana dia telah melakukan pembedahan kosmetik untuk “mengembalikan semula” payudaranya.


Lelaki tersebut berkongsi video proses yang dilakukan untuk mengembalikan semula payudaranya yang pernah dibuang sebelum ini.

Aduh sakitlah, lepas ini kena makan antibiotik selama tujuh hari? Kalau nak tambah lagi saiz E ke F berapa lama? (Doktor: Tiga minggu).

Berdarah. Saya nak saiz E lah. Boleh pergi gym tak doktor? Shuben tak boleh juga kan? Shuben tak boleh touch?

Dalam masa yang sama, dia turut menyatakan tidak kisah untuk dibenci atau tidak disukai. Namun dia turut menegaskan tidak pernah memalsukan identiti atau menafikan dirinya yang sebenar.

[fbcomments]