Walaupun baru berusia lapan tahun, Mohamed Ayden Adrean iaitu anak kepada pelakon Bella Astillah, berjaya menamatkan cabaran renangan sejauh 400 meter dalam acara Langkawi Swim Fest yang berlangsung di Tanjung Rhu baru-baru ini.

Namun lebih menarik, Ayden mendedahkan bahawa figura yang menjadi pendorong semangatnya ketika berada di tengah laut ialah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Video di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZSkjWsxuv/

“Saya Nampak Uncle Dulu” – Ayden Ambil Inspirasi Daripada Syed Saddiq Tamatkan Renangan 400 Meter

Menurut Ayden, kelibat Syed Saddiq yang turut menyertai acara tersebut bagi kategori 4 kilometer berjaya membakar semangatnya untuk terus menghabiskan renangan.

“Saya nampak uncle (Syed Saddiq) dulu, 4KM adalah uncle,” katanya ringkas.

Pendedahan Ayden itu menerima reaksi positif daripada ramai pengguna media sosial, yang rata-ratanya bangga dengan pencapaian cilik tersebut. Rata-rata memuji semangat Ayden dan melihat kejayaannya sebagai bukti bahawa usia bukan penghalang untuk mencabar kemampuan diri.

Kredit: TikTok barrerys_

 

 

[fbcomments]