fbpx

Jika sebelum ini tular mengenai video memaparkan penyanyi Nubhan Ahmad yang dilihat sedang mengasari isterinya, Dr. Afifah Tawfek dipercayai kerana bertengkar di tempat awam.

Dalam video tersebut, Nubhan seolah-olah sedang menolak kepala isterinya dengan kasar dipercayai akibat daripada kes kehilangan kereta.

BACA : “Otak You Letak Kat Mana?” – Tular Video Nubhan Berkasar Dengan Isteri

Setelah agak lama menyepi daripada mengeluarkan sebarang kenyataan, kini mereka telah tampil memberikan penjelasa mengenai situasi sebenar yang berlaku.

Terkejut suami tinggi suara dan tunjal kepala

Isteri penyanyi Nubhan Ahamad, Dr. Afifah Hidayah Tawfek mengakui berasa terkejut dengan tindakan awal suaminya yang berkasar sehingga sanggup menunjal kepalanya di tempat awam.
 
Menurut Afifah, suaminya itu tidak pernah bertindak sedemikian rupa selama ini.

Selama ini dialah yang selalu ingatkan agar kalau ada apa-apa jangan bergaduh di depan orang sekalipun di depan ahli keluarga lain. Apa-apa katanya tunggu balik rumah.

Jadi, saya terkejut bila dia tiba-tiba menjerit. Dah lah di tempat umum dan ramai orang. Saya pun reda sahaja bila kena tunjal kepala sebab masa tu dah rasa bersalah kerana hilangkan keretanya sebab kecuaian sendiri.

Kejutan ulangtahun perkahwinan

Menurut Afifah, dia tidak pernah terfikir bahawa ia merupakan satu rancangan untuk membuat kejutan sempena ulang tahun perkahwinannya.

Saya tak terfikir pun itu satu prank. Sebab saya faham yang hilang itu kereta dia. Orang lelaki kalau kereta tu memang sesuatu yang cukup berharga buat mereka.

Bila dia marah-marah tu, saya tak boleh nak jawab. Saya diam sebab memang teringat dia ada beri kunci kepada saya.

Saya rasa dah lemah kaki masa tu. Terdetik Allah nak uji saya sampai begini.

Sorry sayang, tertunjal kepala

Nubhan turut menyatakan permohonan maaf buat isteri kerana berkelakuan kasar terhadapnya. Kata Nubhan, kejadian tersebut sebenarnya hanyalah prank yang dilakukan khusus bagi memberikan kejutan buat isteri bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.

Sorry sayang sebab i tertunjal kepala you. I cuba nak buat you marah…tapi you tak marah2. I dah jam… sbb tu terpaksa berkasar .

[fbcomments]