fbpx

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersedia meneliti isu arak terhadap impak sosial, etika dan moral dalam masyarakat selepas menerima memorandum yang diserahkan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), semalam.

Menterinya, Datuk Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri Zulkifli berkata, beliau menghargai cadangan yang diutarakan serta memahami kebimbangan orang ramai berhubung isu berkenaan, terutama berhubung kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk sehingga menyebabkan mudarat serta kematian.

Setuju menyegerakan pindaan akta

Katanya, beliau bersetuju dengan langkah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan untuk menyegerakan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) serta aspek perundangan lain seperti pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan.

Tanggungjawab memelihara nyawa satu keutamaan

“Tanggungjawab memelihara nyawa (hifz al-nafs) adalah satu keutamaan dalam maqasid syariah dan perlu diambil berat oleh kerajaan agar isu ini dapat dirawat hingga ke akar permasalahannya.

“Semoga usaha bersama diadakan ini dapat memberikan solusi (penyelesaian) terbaik dalam membantu menyelesaikan permasalahan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini secara keseluruhan.”

Bagaimana nasib ahli keluarga mangsa

Walau bagaimanapun, ada satu komen ini telah menarik perhatian netizen;

“Mohon panjangkan pandangan saya. Saya melihat kebanyakkan pemandu mabuk hanya cedera ringgan, manakala mangsa yang dilanggar itu mengalami kecederaan parah dan meninggal. Denda bagi kesalahan tersebut pula seperti hanya menyebelahi kepada si pemabuk. Hukuman memandu dalam keadaan mabuk serta mengakibatkan kemalangan dan kematian hanya dikenakan denda dibawah rm10,000 ribu sahaja (betulkan jika salah). Tetapi bagaimanapula nasib keluarga mangsa yang mempunyai isteri dan anak? Masa depan keluarga mangsa tiada siapa penduli. Mereka tidak menerima sebarang pampasan daripada pemandu mabuk tersebut.
Bagi mewujudkan kesedaran yang maksima, si pemabuk perlulah membayar pampasan kepada keluarga mangsa atas kecuaian sendiri agar lebih bertanggungjawab keatas kelangsungan hidup seseorang. Cadangan saya, Pampasan boleh berupa wang sekaligus sebanyak contoh RM100,000 atau pampasan bulanan selama beberapa tahun RM2000x12bulanx5tahun. Dengan hukuman yang berat ini, pasti memberikan kesedaran kepada orang awam dan pemabuk. Malah dapat memupuk orang awam untuk menghalang si pemabuk memandu kenderaan sendiri dengan menahan teksi seperti yang dipraktikkan di negara luar. Sekian terima kasih. Salah silap daripada saya, saya mohon maaf.”

[fbcomments]