Setelah lebih kurang lima bulan kepergiannya, kini pusara Allahyarham Abam Bocey di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak siap dipasangkan batu nissan.
Bagaimanapun, tindakan itu kurang disenangi balu Abam iaitu Nor Hidayah dimana dia tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.
Menurut Nor Hidayah, dia tidak mahu memperbesarkan isu berkenaan bagi mengelakkan sengketa seperti yang berlaku sebelum ini.
Saya pun tak tahu yang dia buat batu nisan ni. Dia tak hubungi saya langsung. Saya tahu lepas tengok di Instagram.
Saya malas nak cakap apa-apa, baik saya diam saja.
Selain itu, bapa Nor Hidayah iaitu Mohd Ali turut meluahkan rasa kecewa yang menyifatkan anaknya seolah-olah tiada hak ke atas kubur Allahyarham.