Satu pesta besar-besaran di pantai Miami telah dijalankan baru-baru ini. Parti yang telah disertai ribuan orang oleh sekumpulan LGBTQ di Amerika Syarikat itu bertujuan untuk mengumpul dana.
Dalam sebuah video wawancara di Reuters, peserta parti gay bernama Brady Sluder mendakwa tidak takut dan bimbang walaupun pada masa itu beberapa kes positif Covid-19 telah dikesan di Florida.
Acara yang diadakan selama enam hari dari 4-10 Mac dijalankan dengan penuh meriah. Mereka berseronok di pantai, menari tanpa henti sambil minum alkohol.
“Jika saya dijangkiti Covid-19 , maka biarkan lah. Kerana, saya tidak akan membiarkan virus Covid-19 ini menghentikan saya dari berpesta, “-kata Sluder.
Sluder juga mengakui bahawa dia kecewa gara-gara Covid-19 , bar dan restoran terpaksa ditutup. Oleh itu, dia menyertai pesta itu untuk melepaskan keinginan.
“Akhirnya, saya tidak akan membiarkan virus ini menghentikan saya daripada berpesta. Saya telah menunggu acara ini selama dua bulan. Kami merancang perjalanan dua atau tiga bulan lalu,”-kata Sluder.
Ternyata selepas dua minggu kemudian, beberapa pengunjung diuji positif Covid-19 dengan dua orang terbunuh. Pada 12 Mac, kerajaan tempatan akhirnya membatalkan semua acara yang membawa orang ramai di Miami serta mengisytiharkan Florida dalam status darurat.