Pengumuman penamatan kontrak Shuk Sahar sebagai penyampai radio Hot FM pada hari ini disebabkan isu masalah rumah tangganya yang tular sebelum ini.
Menurut Pengurus Besar Kumpulan Audiens & Pemasaran Ripple, keputusan itu dicapai selepas siasatan mendapati bahawa Shuk telah melanggar kontrak dan terma perjanjian.
Terima dengan terbuka
Susulan daripada itu, pihak Harian Metro telah mendapatkan kenyataan daripada tuan punya badan terhadap tindakan yang dikenakan olehnya.
Saya okay dan terima keputusan Hot FM. Saya faham mereka punya bahagian.
Walau bagaimanapun, difahamkan setakat ini dia belum bersedia untuk menceritakan dengan lebih lanjut hal ini dan meminta ruang dalam sehari dua untuk menjelaskan segalanya.
Apa pun, keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik buat Hot FM. Jadi saya terima, cuma buat masa sekarang saya belum bersedia untuk bercerita lanjut. Beri saya ruang dalam tempoh sehari dua ini.
Terdahulu, kontrak perkhidmatan pelawak berusia 35 tahun itu sebagai penyampai radio Hot FM digantung sementara bagi tujuan siasatan secara terperinci berhubung kes kecurangannya yang tular di laman sosial.