fbpx

Hari ini sekali lagi, dunia menyaksikan pertempuran antara Israel dan Hamas yang mewakili Palestin. Pasti ramai yang tertanya-tanya kan kenapa ianya terjadi.

Kalau nak tahu, sebenarnya Israel nak rebutkan Baitulmaqdis yang terletak di Palestin yang juga merupakan kota suci bagi tiga agama iaitu Islam, Judaisme dan Kristian itu.

Kedatangan Yahudi

Sewaktu zaman Empayar Uthmaniyah, Palestin adalah sebuah kawasan majoriti berpenduduk Muslim. Namun setelah kejatuhan Empayar Muslim yang gagah ini, wilayah Palestin ditadbir oleh pihak British yang menyokong penubuhan negara Israel dalam wilayah Palestin.

Sokongan penubuhan negara Israeil ini telah dibuat menerusi Pengisytiharan Balfour pada tahun 1917. Semenjak itu lah, pemindahan penduduk Yahudi ke Palestin semakin bertambah dari tahun ke tahun.

Pada tahun 1936, pihak Arab memberontak ke atas pihak British dan Yahudi. Pentadbir British menubuhkan Suruhanjaya Peel bagi mengenalpasti masalah yang mendorong ke arah terjadinya pemberontakan ini.

Hasil dapatan Suruhanjaya ini menyebut bahawa konflik terjadi kerana kedua-dua pihak Arab dan Yahudi ingin mentadbir tanah yang sama. Jadi bagi mengatasi masalah ini, Suruhanjaya Peel kemudiannya mencadangkan agar Palestin dibahagikan kepada dua wilayah, iaitu wilayah untuk negara Arab Palestin dan negara Yahudi Israel.

Masyarakat Yahudi pula menegaskan Palestin ialah tanah tradisi mereka, suatu penyataan yang ditolak keras oleh Dunia Arab. Atas dasar ini, Palestin tidak bersetuju dengan pelan ‘penyelesaian dua negara’ mengakibatkan pertikaian yang tidak berkesudahan sehingga ke hari ini.Ini juga telah menjerumus kedua belah pihak kekancah pertelingkahan sempadan dan wilayah ‘negara’ masing-masing sehingga ke hari ini.

Negara Islam perlu bersatu

Dunia memandang konflik ini sebagai konflik agama tetapi hakikatnya, ia bersangkut paut juga dengan nasionalisme kedua-dua bangsa.Mungkin sudah tiba masanya bagi masyarakat Arab Palestin mengambil jalan tengah secara diplomasi.

Selama ini, perpecahan dunia Arab dan kelemahan Palestinlah yang memberikan ruang untuk Israel melakukan penindasan dan terus menunjukkan taringnya.

Oleh itu, marilah kita sama-sama bersatu hati berjuang dan mempertahankan serta mendoakan semoga saudara kita di Palestin terus kuat dan kemenangan berpihak kepada Islam.

Jangan sampai satu hari nanti negara Palestin sekadar tinggal coretan sejarah Asia Barat semata-mata.
Insya Allah Palestin akan bebas!

[fbcomments]