Seakan tidak ada pengakhiran kemelut rumah tangga Da’i Farhan dengan isteri barunya yang lebih mesra dengan panggilan Drholis, apabila wanita itu memberitahu bahawa dirinya sudah pun bercerai dengan pendakwah muda tersebut.

Walhal pada 25 April yang lalu, beliau baru je mengesahkan bahawa dirinya hamil.

Diceraikan ketika hamil

Beliau memaklumkan bahawa Da’i Farhan sudah melafazkan cerai pada 27 April yang lalu selepas dirinya hamil anak pertama mereka.

Kerana sayang, rela diceraikan

Menurut beliau, Da’i Farhan dikatakan terlalu merindui anak-anaknya. Atas desakan pelbagai pihak, dia pun dengan rela memilih untuk diceraikan.

Susulan daripada itu, dia berharap agar tidak lagi dikaitkan dengan pendakwah itu dan sempat meminta maaf sepanjang  pernikahan mereka andai kata ada pihak yang terguris.

[fbcomments]