fbpx

Seorang penyanyi dan pempengaruh Youtube dari Korea Selatan iaitu Daud Kim mendedahkan bahawa beliau bakal mendirikan sebuah masjid di bandar Incheon selepas berjaya membeli tanah baru-baru ini.

@jaehan9192

I bought a Land for Masjid in Korea finally πŸ‡°πŸ‡·πŸ•Œβ€οΈ My dream will come true . Please help me to build Mashid 🫢🏻 Paypal: kjh91922@naver.com . #koreanmuslim #daudkim #ramadan

♬ original sound – Daud Kim – Daud Kim

Beli Tanah Untuk Bina Masjid

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh @jaehan9192 di laman TikTok, ia memaparkan Daud atau nama sebenarnya Kim Kyun Woo memegang beberapa keping surat sambil menyatakan hasratkan untuk membina masjid selepas membeli tanah di Incheon.

Beliau meluahkan rasa gembira kerana dapat merealisasikan impiannya itu dan amat bersyukur kerana mendapat sokongan serta dorongan daripada orang ramai.

“Akhirnya, saya berjaya membeli sebidang tanah untuk membina sebuah masjid di sini. Angan-angan saya akan menjadi nyata,” tulisnya.

Buka Sumbangan Kepada Yang Mahu Menyumbangkan Dalam Pembinaan Masjid Berkenaan

Dalam pada itu, Daud turut meletakkan link sumbangan derma kepada mana-mana pihak yang mahu memberikan sumbangan buatnya untuk membina masjid berkenaan.

“Saya perlukan bantuan kewangan untuk menyiapkan bangunan itu. Sekiranya kamu ingin membantu, boleh menderma sama. Terima kasih sangat-sangat,” katanya di akhir kata.

Sekadar info, Daud Kim yang sebelum ini dikenali sebagai Jay Kim mendedahkan bahawa dirinya telah memeluk Islam pada September 2019.

Kredit: TikTok jaehan9192

[fbcomments]