Sekarang tengah hangat isu pengusaha kecantikan, Eira yang dikatakan biadap dan kurang ajar itu kini menjadi bualan netizen.


BACA : [VIDEO] “Hei Babi, Lahanat, Anak Haram…” – Usahawan Kecantikan Sombong & Tiada Adab

Alami kemurungan dan gangguan emosi

Semalam ada berita menyatakan Suharnizan Md Sidek, individu yang telah dimaki oleh Eira itu merupakan seorang pekerja Pesuruhjaya Sumpah telah mengalami kemurungan dan gangguan emosi akibat menjadi mangsa buli di media sosial yang menghina bentuk fizikalnya (body shaming).

Mangsa telah membuat tuntutan sivil terhadap individu tersebut.


Malah wanita itu juga memaparkan beberapa gambar saya dan anak-anak tanpa kebenaran di Facebook Live yang ditonton oleh ramai pengikutnya sekali gus memberi kesan mendalam kepada kami.

Walaupun perkara itu terjadi hampir sebulan, namun terdapat akaun media sosial lain yang memuat video itu semula sekali gus mencetuskan suasana tidak selesa kepada kami sekeluarga sehingga kini.

Hanya kerana komen

Mangsa yang berusia 37 itu berkata, kejadian berlaku selepas dia meninggalkan satu komen ketika wanita berkenaan melakukan Facebook Live pada pukul 10 pagi, 18 Ogos lalu.

Katanya lagi, tanpa disedari Noorazira telah membalas komen itu secara langsung di akaun Facebook milik personaliti berkenaan yang berbaur ‘body shaming’.

Oleh itu, saya telah mendapatkan nasihat peguam untuk meminta untuk membuat tuntutan sivil kepada Noorazira.

Bayar kos pampasan

Antara tuntutan itu adalah Noorazira diminta untuk meminta maaf secara terbuka dan membayar kos pampasan serta ganti rugi dalam tempoh 14 hari.

Jika dia gagal berbuat demikian, kita akan membawa kes ini untuk tindakan saman di mahkamah.

[fbcomments]