Semalam Bukit Aman telah mengesahkan polis ada menggeledah tiga lokasi berasingan di ibu negara melibatkan stesen penyiaran Al Jazeera, Astro dan UnifiTV berhubung siasatan kes dokumentari Locked Up in Malaysia’s Lockdown 101 East yang menyorot dakwaan penganiayaan pendatang tanpa izin di Malaysia.

“Ya, pukul 11.30 pagi. Satu pasukan daripada unit siasatan khas JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah), termasuk pasukan Suruhanjaya Komunukasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyerbu premis.”- Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.

Dipercayai beberapa peranti yang digunakan untuk menerbitkan dokumentari bertajuk ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ dirampas.

“Tindakan pelaksanaan waran geledah ini dilakukan bersama-sama pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang turut membuka kertas siasatan ke atas stesen penyiaran terbabit.”

Komputer dirampas

“Serbuan tersebut turut merampas komputer dan kesemua rampasan akan dihantar ke SKMM untuk analisa lanjut.

“Keterangan saksi-saksi lain turut diambil ketika serbuan dilaksanakan bagi membantu siasatan.”

“PDRM menegaskan tindakan yang dilaksanakan adalah berlandaskan undang-undang, tiada individu atau pun entiti yang akan terlepas daripada sebarang tindakan jika jelas mencabuli undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.”

[fbcomments]