Selepas kecoh cerita Zainal Abidin berkahwin lagi dengan artis muda Fyna Jebat, kini muncul gosip terbaharu pula. Seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 1980-an dikatakan bernikah lagi secara rahsia.
Menurut Harian Metro, isteri barunya itu difahamkan masih muda dengan jarak usia yang jauh dengan artis tersebut.
Penduduk Sekeliling Kerap lihat Artis tersebut
Menurut sumber, penduduk sekeliling sering melihat artis berkenaan berada di sekitar tempat tinggal mereka namun, mereka enggan memperbesarkan perkara tersebut kerana masih samar-samar dan tidak mahu membuat fitnah.
“Bagaimanapun, mereka enggan menghebohkan perkara ini kerana ia masih samar-samar dan takut menimbulkan fitnah.
Kejadian yang mendedahkan mereka suami isteri
“Namun, baru-baru ini ada kejadian membabitkan mereka hingga membawa kepada laporan polis. Menerusi apa yang berlaku, dipercayai artis dan wanita terbabit adalah pasangan suami isteri. Namun, butiran lanjut tidak diketahui,” kata sumber itu.
Ramai mendakwa bahawa rumah tangga selebriti tersebut sedang bermasalah.
Namun, kehadiran mereka berdua menonton pertandingan nyanyian membabitkan anak mereka yang juga seorang penyanyi wanita popular baru-baru ini menepis dakwaan itu.
Sumber: Harian Metro