Demi kasih sayang dan tanggungjawab sebagai seorang suami, lelaki ini sanggup mendermakan sebelah buah pinggang kepada isterinya yang menghidap penyakit kegagalan buah pinggang.
Mohd Hilmi berkongsi kisah pengorbanan itu di laman Facebook miliknya sebelum menjalani pembedahan.
Aku serahkan seluruh jiwa dalaman aku untuk isteri, moga selepas selesai operation ini kita dapat menjalani hidup secara normal.
Aku beri kerana tanggungjawab aku sebagai suami yang mahu melihat isteri aku kembali hidup normal.
Kejayaan paling gembira
Alhamdulillah isteri aku dah dapat kencing semula setelah 3 tahun tidak boleh kencing. Itu lah kejayaan yang paling gembira..
Semoga diterima Allah
Aku pernah muram dan sangat sedih bila dapat tahu isteri aku mengalami kerosakkan kedua buah pinggang. Tersangat sedih hanya yang terdekat memahaminya diri aku..
Alhamdulillah setelah bertahun menunggu tarikh untuk pembedahan akhirnye selesai segalanya. Semoga pengorbanan aku untuk isteri di terima Allah s.w.t dan moga kami sihat sentiasa dan bahagia..
Beliau turut menasihatkan agar sentiasa amalkan gaya dup yang sehat.. Elakkkan pengambilan minuman campuran seperti 3 dalam 1 dan jangan sesekali menmgambil ubat-ubatan yang tidak ada kelulusan Kementerian Kesihatan.