Baru-baru ini tular di media sosial yang memaparkan beberapa jemaah haji yang berasal dari negara jiran iaitu Indonesia, mengambil kesempatan dengan menjual rojak di tepi jalan walaupun sedang berada di tanah suci Mekah.
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZSYfGUMYa/
Jemaah Haji Sempat Jual Rojak Di Tepi Jalan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @halobangkalan di laman TikTok, ia memaparkan jemaah-jemaah ini menjual rojak di tepi jalan dengan menggunakan peralatan lengkap seperti cobek dan bekas-bekas bungkusan.
Susulan video tersebut kian mendapat perhatian hingga meraih lebih 1 juta tontonan, tindakan tersebut telah mengundang reaksi yang negatif, di mana ada diantara netizen menganggap perbuatan tersebut tidak sopan dan bertentangan dengan tujuan utama umat Islam menunaikan ibadah haji. Ramai berpendapat bahawa kelakuan mereka telah mencemari kesucian ibadah dan tidak sesuai dengan suasana haji yang seharusnya fokus kepada amalan keagamaan.
Kredit: TikTok halobangkalan