fbpx

Dalam semangat menyambut Hari Deepavali, pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming, mencuri perhatian dengan mempersembahkan tiga menu istimewa dalam satu video, yang mencatat sambutan hangat dari peminat.

Dalam satu hantaran di platform TikTok, Khairul Aming berkongsi momen ketika menjemput rakannya, Vinoothene, yang berbangsa India, untuk bersama-sama menghasilkan resepi sempena Deepavali.

Video di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZSjYfCYxX/

Masak 3 Hidangan Yang Mengasyikkan

Hidangan yang disediakan merangkumi Ulundu Vadai, Masala Tea, dan Koli Curry, di mana kedua-dua mereka saling membantu dalam proses penyediaan. Interaksi mereka dipenuhi dengan gelak tawa, terutamanya ketika Vinoothene berhadapan dengan cabaran membentuk Ulundu Vadai.

Khairul Aming tidak melepaskan peluang untuk mengacau rakannya itu agar tidak mengecewakan ibunya yang sedang menonton.

“Dia nervous sebab mak dia tengah tengok, dia takut dia kecewakan mak dia.

“Jangan kecewakan mak awak haa. Aunty, kalau aunty tengok suruh dia belajar balik buat ni,” ujar Khairul Aming, yang disambut dengan ketawa dari Vinoothene yang meminta maaf kepada ibunya.

Setelah selesai memasak, Vinoothene merasai hidangan tersebut dan teruja dengan makanan yang dihasilkan sehingga terdiam seketika kerana terpesona dengan rasa yang dihasilkan.

Selain itu, mereka berdua turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Hari Deepavali kepada semua sambil menasihati orang ramai agar berhati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung.

“Selamat pulang ke kampung, please drive kereta elok-elok. Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali!” kata mereka.

Di ruangan komen, netizen tidak ketinggalan memberikan reaksi positif, memuji ketiga-tiga hidangan tersebut dan mengakui bahawa hidangan tersebut merupakan antara kegemaran mereka.

Kredit: TikTok khairulaming

[fbcomments]