Pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie menerima kejutan luar biasa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-47 apabila suaminya menghadiahkan sesuatu yang cukup berbeza daripada kebiasaan, iaitu sehelai set kain kafan lengkap dengan riben.

Video di bawah:

https://www.instagram.com/reel/DISZTdrzIQi/?igsh=eThyNnNtczBnaTlk

Noorkhiriah Dapat Hadiah Kain Kafan Dari Suami Sempena Hari Lahir Ke-47

Menerusi satu hantaran di Instagram pada Jumaat, Noorkhiriah berkongsi momen terkejut apabila mendapati hadiah tersebut diletakkan di tempat duduk belakang keretanya ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran.

Walaupun kelihatan seperti gurauan, pelakon itu mengakui hadiah berkenaan menyentuh hati dan membawa makna yang sangat mendalam. Baginya, ia menjadi satu peringatan tentang hakikat kematian yang sering kali dilupakan dalam kesibukan hidup seharian.

Menariknya, pada hari yang sama, Noorkhiriah dijadualkan untuk menjalani penggambaran di kawasan tanah perkuburan, menjadikan hadiah tersebut terasa sangat simbolik dan penuh kebetulan.

Meskipun diungkap dalam nada berseloroh, Noorkhiriah menyifatkan pemberian itu sebagai satu ingatan halus dan penuh hikmah daripada suaminya, Azfaizul Ahtan.

Sekadar info, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2006 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Kredit: Instagram khiriah17

[fbcomments]