fbpx

Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial tentang seorang pekerja asing sedang memakan nasi hanya berlaukkan garam, bawang dan cili. Netizen meluahkan rasa simpati dan tidak kurang juga yang terinspirasi oleh pemuda ini.

Dalam video Tiktok yang dimuat naik oleh pokchek906 itu, lelaki tersebut dilihat melembabkan nasinya dengan air dan garam. Sekali sekala terlihat dia makan berulamkan bawang dan cili hijau sebagai penambah rasa.

Sewaktu ditanya adakah beliau dapat jimat banyak dengan makan sebegitu? Beliau hanya mengiyakan dan mengakui sudah mempunyai rumah, sebidang tanah dan simpanan di negara asalnya. 

Simpanannya pula sudah mencecah RM 800 000! 

Dalam sebuah video yang lain, pemuda yang sedang mengunyah timun itu ditanya lebih lanjut tentang pengalaman bekerja di Malaysia. Katanya beliau telah bekerja hampir 19 tahun dan menghantar RM5,200 ke kampung daripada RM5,500 yang diterimanya.

@pokchek906

Gaji 5.5k hntar kg 5.2k. Dah 19thun kt malaysia. 12blnx19thn=228blnx5.2k=1,185,600 mat… lbh dri 800k mat hntar kg #fyp #tiktokmalaysia #banglaldesh

♬ original sound – @awe – @awe

“Yalah, sini pakai wang apa guna. Hantar kampung lagi bagus. Sana ada mak bapa…biar mereka pakai wang”

Kata netizen, memang benar gaji kerja buruh seperti mereka tinggi. Mereka juga dapat berjimat kerana kos penempatan, bayar cukai dan lain-lain perbelanjaan ada yang ditanggung majikan.

[fbcomments]