fbpx

Rancangan Famili Duo merupakan proram realiti hiburan TV3 yang menjadi tontonan umum pada setiap hari Ahad. Kesungguhan peserta pada setiap minggu sememangnya dapat dilihat dari persembahan mereka yang menarik dengan backdrop yang pelbagai.

Minggu terdahulu juga tidak terkecuali dan sangat meriah apabila konsep minggu tersebut bertemakan Tradisional.

Namun lain jadinya semalam apabila tumpahnya air mata seorang peserta iaitu Sissy Imann apabila menerima komen pedas dari Mas Idayu.

Sissy Imann dan Naim Daniel, pasangan dalam rancangan tersebut telah membawakan lagu Jampi nyanyian Hael Husaini. Persembahan tersebut dikira menarik apabila mereka membawa lagu tersebut dengan gaya tersendiri iaitu versi keroncong.

@xtra_my Persembahan kontroversi malam ni! Apa pun min puji semangat @sissyimann @naimdanielx semoga terus semangat melangkah okay? 💖 Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! #xtramy #familiduotv3 ♬ original sound – XTRA

Ternyata kelainan yang cuba disampaikan tidak berjaya. Menurut juri profesional, Mas Idayu,  dia tidak faham apa yang mereka berdua hendak sampaikan. Tambah Mas Idayu, lagu ‘Jampi’ ini terlalu besar untuk mereka dan mengkritik pemilihan lagu oleh kumpulan ini.

Sebagai juri, Mas Idayu turut berkata dia melihat persembahan Sissy dan Naim sangat tidak cantik. Oleh sebab itu, dia menyergah komen pedas dan menunjukkan rasa tidak suka kepada pasangan tersebut sewaktu memberi komen.

“Kamu sebenarnya ada idea. Saya puji idea kamu yang ke arah muzik kerana buat jampi ke keroncong. Kamu selalu tukar keaslian lagu dan konsep. Penyampaian kurang. Saya dengar, kesedapan dan kelembutan lagu tu jadi kasar sikit. Kira tak sampai la. Jadikan sebagai pengajaran,” tambah Ajai.

Berikutan daripada komen yang diberikan juri, Sissy Imann kelihatan sebak dan mengalirkan air mata. Meskipun diminta untuk meluahkan isi hati pada waktu tersebut, pelantun suara ‘Mungkin Kamu’ ini hanya berdiam.

Usai rancangan itu berakhir malam tadi, Sissy Imann telah berkongsi luahan maaf di Instagram miliknya.

“Muzik sentiasa menjadi cinta pertama saya dan betul, dalam seni, sedar diri dan sedar ruang itu perlu ada. Mungkin saya tak sedar hal itu atau masih belum cukup menyedarinya.”

“Saya tidak pernah terfikir diri ini untuk terus berkarya tetapi malam ini ia dirasakan seperti sesuatu yang saya telah lakukan sejak berusia lima tahun tidak ‘mencintai’ saya lagi.

“Saya akhirnya menyakiti hati ramai orang dengan nyanyian yang teruk. Saya minta maaf semua,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata netizen berpendapat cara komen Mas Idayu agak keterlaluan. Bahkan, ada yang menyifatkan penyanyi dangdut itu terlalu emosi sehingga tidak dapat mengawal perasaan.

Sumber: Xtra, TV3

[fbcomments]