fbpx

Penyanyi wanita nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah tampil membuat persembahan menyanyikan lagu Tamil berjudul Munbe Vaa di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu dalam konsert AR Rahman – Secret to Success – Live in Malaysia 2023.

Rata-rata penonton meluahkan rasa terpegun dan bangga melihat persembahan Datuk Siti sehingga memberikan standing ovation kepadanya. Penonton bukan sahaja terpukau dengan kemerduan suara Datuk Siti, tetapi mereka juga kagum dengan kebolehan Datuk Siti melantun sebutan lirik bahasa Tamil dengan sempurna.

Datuk Siti telah membuktikan bahawa perbezaan bahasa tidak menjadi penghalang untuk memberikan persembahan yang terbaik kepada penonton.

AR Rahman yang terkenal dengan lagu Jai Ho dan Muqabala telah menghiburkan seramai 60 000 peminat yang datang ke konsertnya semalam. Yang turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sumber: Gempak

[fbcomments]