fbpx

Pelakon terkenal Malaysia iaitu Siti Saleha sekali lagi mencuri tumpuan apabila berjaya membawa pulang Trofi Outstanding Asian Star di acara berprestij, Seoul International Drama Awards.

Kejayaan ini diraih menerusi lakonannya dalam drama bersiri SeOfis yang disiarkan di platform penstriman Tonton pada Januari lalu.

Kejelitaan Siti Saleha Tarik Perhatian Netizen Korea

Menurut Siti Saleha, pengiktirafan tersebut amat bermakna buatnya dan beliau menzahirkan rasa terima kasih yang mendalam kepada Tonton dan TV3 Malaysia atas sokongan padu terhadap kerjaya seninya.

“Saya sangat bersyukur atas pengiktirafan ini dan saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Tonton dan TV3 Malaysia kerana sentiasa menyokong hasil kerja saya.

“Memenangi trofi ini untuk ‘SeOfis’ adalah impian yang menjadi kenyataan, dan membawa pulang kemenangan pertama Malaysia dalam kategori ini sejak 2017 adalah kemenangan yang sangat membanggakan,” katanya.

Selain daripada pencapaiannya itu, Siti Saleha yang kini berusia 34 tahun turut mencetus perbualan hangat dalam kalangan netizen tempatan berkat penampilannya yang menawan pada malam majlis tersebut.

Dengan mengenakan gaun kuning lembut, beliau kelihatan begitu anggun dan elegan.

Tidak cukup dengan itu, kecantikannya pada malam anugerah tersebut turut menjadi bualan di laman carian terkenal Korea Selatan, Naver, sekali gus membuktikan impaknya di persada antarabangsa.

Untuk makluman, Seoul International Drama Awards, yang diperkenalkan pada tahun 2015, bertujuan meraikan kepelbagaian budaya menerusi drama dan kini berperanan sebagai platform global bagi menghargai bakat-bakat dari serata dunia.

Kredit: X loftsedfaun, Buletin TV3

 

 

 

[fbcomments]