fbpx

Seorang wanita yang juga merupakan isteri warganegara Thailand tetapi bekerja di Taiwan sanggup membeli tiket penerbangan untuk pulang ke tanah air semata-mata untuk menikam suaminya gara-gara curang semasa ketiadaan dirinya kerana kerja.

Tikam Suami Dan Perempuan Simpanan

Menurut sumber portal Thaiger, difahamkan kejadian berlaku di sebuah hotel yang terletak di wilayah Roi Et, rantau Isaan, Thailand dan suspek telah menggunakan sebilah pisau untuk menikam suami dan perempuan simpanannya.

Anggota Balai Polis Mueang Roi Et dan pasukan penyelamat kemudian bergegas ke lokasi kejadian kira-kira jam 3 pagi waktu tempatan pada Khamis selepas mendapat panggilan berhubung kejadian.

Setibanya pasukan mereka di sana, polis menemukan dua mangsa yang cedera sambil berlumuran darah iaitu seorang lelaki warga Thailand dan seorang wanita berumur antara 25 hingga 30 tahun.

Pasukan penyelemat memberikan bantuan kecemasan sebelum kedua-dua mangsa di bawa ke Hospital Roi Et.

Dapat Tahu Suami Curang Melalui Rakan-Rakan

Tambah sumber lagi, suspek yang bekerja di Taiwan itu mendapat tahu tentang kecurangan suaminya melalui rakan-rakan. Selepas melakukan siasatan, suspek mendapati suaminya akan bertemu dengan perempuan simpanannya di sebuah hotel pada malam 20 Mac lalu.

Suspek kemudiannya terus membeli tiket penerbangan dari Taiwan ke Roi Et dan setibanya di lapangan terbang, suspek terus menuju ke lokasi terbabit. Suspek dikatakan hilang kawalan setelah berdepan dengan suaminya yang sedang curang di hadapan matanya sendiri, lalu menyerang mangsa dengan sebilah pisau.

Suspek dan mangsa lelaki mempunyai tiga orang anak dan kini siasatan masih dijalankan untuk menentukan hukuman.

Kredit: portal Thaiger

[fbcomments]