Aliff Awang, suami kepada pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa dilihat sering saja terpalit dengan kontroversi sejak mendirikan rumah tangga dengan selebriti itu.
Baru-baru ini dalam sesi siaran lansung yang dibuat di platform Tiktok, Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai mendedahkan dia tidak suka pergi ke tempat hiburan dan ‘lagho’.
@babes_faa 🥰🥰 #suamiistribahagia #suamifatinafeefa #fatinafeffa #artismalaysia #artismalaysia #suamifatinafeefa ♬ original sound – vii_dio
Tengok saya dengar apa..
Di dalam siaran langsung tersebut, ada yang bertanya jika dia akan ke konsert ST 12 pada 11 Mac akan datang. Jawapan dari Opai nampaknya telah menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen.
“Saya tak suka pergi konsert, dengar muzik ini haram. Tengok saya dengar apa.. Saya pasang zikir saja, muzik tu haram.”
Menjengah ruangan komen, ramai yang mempersoalkan kerjaya suami Fatin Afeefa yang merupakan pelabur saham Forex itu.
Ada juga yang mengorek segala aktiviti mereka berdua termasuklah menghadiri konsert AR Rahman di Stadium Nasional Bukit Jalil dan berkaraoke baru-baru ini.
Bagaimana pun, kesedaran tersebut wajar dipuji. Seorang muslim wajar mengikut syariat Islam yang telah ditetapkan.
Sekadar info, Fatin Afeefa dan Aliff Awang mendirikan rumah tangga pada 30 Disember lalu.
Sumber: TikTok @babes_faa