fbpx

Rumah tangga mana yang tak dilanda badai. Pendek kata, setiap orang di muka bumi ini ada serba serbi masalah yang ditanggung. Kalau nak cakap soal salah, manusia mana yang terlepas daripada melakukan kesilapan kan?

Begitulah kehidupan berumah tangga yang sememangnya tidak dapat dielakkan daripada dilanda masalah.

Mengelar tangan akibat tertekan masalah rumah tangga

Seorang lelaki yang dipercayai tertekan dengan masalah rumah tangga telah mengelar tangan kirinya di sebuah rumah di Padang Serai.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.35 petang itu, lelaki berusia 25 tahun yang bekerja sebagai pemandu e-hailing dipercayai bertindak demikian selepas bertengkar dengan isterinya.

Terima panggilan dari orang awam

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, mangsa ditemui terbaring berlumuran darah di rumahnya dekat Taman Serai Setia disyaki cuba membunuh diri.

Menurutnya, polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam dan bergegas ke lokasi kejadian.

Mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk rawatan dan hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat luka bekas torehan pada lengan kiri, salur darah dan otot terputus akibat terkena objek tajam.

Mangsa ditahan wad untuk pembedahan dan pemeriksaan lanjut, namun keadaannya dilaporkan stabil.

Bergaduh dengan isteri

Menurut kenyataan polis lagi, mangsa dipercayai bergaduh dengan isterinya menyebabkan wanita itu pulang ke rumah orang tuanya sejak tiga hari lalu dengan alasan mahu bersendirian dan menenangkan diri.

Untuk pengetahuan, pasangan tersebut telah berkahwin selama empat tahun dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 2 tahun yang berada dalam jagaan keluarga mangsa di Sarawak.

Mangsa ditahun mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh diri yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

[fbcomments]