Usahawan terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri kini berdepan dilema selepas menerima tawaran sebagai Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) sebuah syarikat yang menawarkan gaji mencecah RM300,000 sebulan.
Tawaran itu turut disertakan dengan elaun khas sebanyak RM15,000 sekiranya beliau menerima jawatan tersebut.
Aliff Syukri Dilema, Terima Tawaran CEO Dengan Gaji RM300,000
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Aliff menerusi satu hantaran di Instagram, di mana beliau meluahkan rasa bimbang untuk membuat keputusan.
“Patut ke saya ambil tawaran ini? Nak ke tak nak? Kang staf baru terus terkejut dengan makian papa ni,” katanya berseloroh dalam kapsyen.
Menurut Aliff, syarikat tersebut yakin dengan keupayaannya dalam membawa perubahan positif kepada organisasi mereka, sekali gus membantu perkembangan perniagaan. Difahamkan, sekiranya tawaran itu diterima, beliau akan memulakan tugas secara rasmi pada 15 Februari ini.
Di ruangan komen, ramai netizen menyokong agar Aliff menerima tawaran tersebut dan menganggap ia peluang yang lebih baik berbanding meneruskan karier dalam bidang muzik.
Kredit: Instagram aliffsyukriterlajaklaris