Baru-baru ini tular sebuah perkongsian di Threads yang mendakwa seorang wanita Rohingya cuba menukar bayinya dengan bayi seorang ibu Melayu di sebuah hospital. Perkongsian berkenaan mendapat perhatian ramai kerana menyentuh soal keselamatan bayi dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Susulan dakwaan tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil memberikan maklum balas dengan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana ia boleh mencetuskan keresahan serta salah faham dalam masyarakat.

Dakwaan Wanita Rohingya Cuba Tukar Bayi Tular, KKM Minta Orang Ramai Jangan Sebar Spekulasi

Menerusi hantaran di Threads, KKM berkata pihaknya mengambil maklum mengenai isu berkenaan dan menegaskan bahawa penyebaran dakwaan sensitif tanpa pengesahan, terutama yang membabitkan keselamatan bayi merupakan tindakan tidak bertanggungjawab.

Menurut KKM, maklumat yang dikongsi tanpa kepastian boleh menimbulkan kegusaran serta ketegangan dalam masyarakat dan sebarang isu perlu bersandarkan fakta yang sahih, bukan spekulasi.

Pada masa sama, KKM menegaskan sekiranya benar berlaku kejadian seperti yang didakwa, individu yang mempunyai maklumat mengenainya perlu segera membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Orang ramai turut diingatkan supaya tidak berkongsi sesuatu yang masih belum dipastikan kesahihannya.

Kredit: Thread kementeriankesihatanmalaysia

 

[fbcomments]