Pelakon jelita Rita Rudaini mendedahkan dirinya masih lagi bebas daripada wabak Covid-19 yang mula merebak sejak tahun 2020 lagi, meskipun beliau tidak pernah mengambil suntikan vaksin seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini.
Rita Rudaini Syukur Belum Demam Covid-19 Lagi
Menerusi Instastory di laman Instagram miliknya, Rita meluahkan rasa syukur kerana dirinya masih belum terkena sebarang jangkitan terutama demam biarpun berkali-kali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
“Alhamdulillah, sejak penyakit (Covid-19) melanda, sampai PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan sampai sekarang ini, saya tak pernah lagi demam. Syukur, alhamdulillah,”luahnya di Instastory.
Dulu Pun Kata Boleh Melindungi
Rita turut memuat naik mengenai topik pelaksanaan program imunasasi dos penggalak vaksin Covid-19 dalam masa terdekat, terutama bagi golongan warga emas dan berisiko tinggi. Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly juga memaklumkan bahawa berkemungkinan pihaknya bakal mengeluarkan arahan untuk menggalakkan pengambilan dos ketiga dalam masa terdekat.
Walaupun begitu, Rita memuat naik kenyataan seakan mempersoalkan keberhasilan vaksin Covid-19 sebagai langkah penjagaan untuk melindungi orang ramai.
“Dulu pun kata boleh melindungi. Hat (yang) ambil ramai pula yang kena Covid-19 kan. Yang baru ini pula, skrip yang sama melindungi,”tulisnya.
Sekadar info, Rita Rudaini merupakan salah seorang selebriti yang dikatakan ‘anti-vaksin’ dan lebih percaya untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan-makanan berkhasiat dan sunnah berbanding menerima suntikan vaksin Covid-19.
Kredit: Instagram ritrud727