fbpx

Penularan wabak coronavirus cOVID-19 telah mencetuskan suasana paranoid di seluruh dunia terutama bagi mereka yang berada di China.

Setakat ni sahaja telah dilaporkan lebih 90 ribu jangkitan dan telagh meragut lebih dari 3 ribu nyawa!

Memperkenalkan cara salam baru

Beberapa rakyat China telah memperkenalkan cara bersalaman baru bagi mengelakkan dijangkiti virus berkenaan.

Menerusi video yang mula tular ni, seorang lelaki menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan rakannya. Namun dia menolak sebaliknya dia melunjurkan kakinya ke depan untuk dilagakan dengan kaki rakannya.

Lebih kurang macam orang perempuanlah kalau berjumpa kan suka laga pipi kiri dan kanan.

“Rakyat China memperkenalkan cara baru bersalaman. Ia digelar ‘Wuhan Shake’. Saya suka cara mereka menyesuaikan diri dalam suasana tertekan.”

[fbcomments]