Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan tentang seorang wanita dari negara seberang meluahkan rasa seriknya untuk solat terawih di masjid kerana terdapat seorang ustaz telah melamarnya untuk menjadi isteri kedua sambil memberi sepucuk surat kepadanya.
Dilamar Ustaz Jadi Isteri Kedua
Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik oleh @Rushkisses di laman TikTok, beliau memberitahu bahawa dirinya kerap ke masjid di Indonesia untuk menunaikan solat terawih secara berjemaah sepanjang bulan Ramadan.
Namun beliau tidak menyangka bahawa kehadirannya di masjid berkenaan telah membuatkan seorang ustaz yang dikenali sebagai Zakir jatuh hati kepada dirinya yang mahu dikenali sebagai Sasa dan berhajat untuk memperisterikannya.
“Assalammualaikum, jujur dari awal saya tengok awak solat, hati ini berdebar kencang. Saya tak boleh basa-basi, saya nak meminang awak untuk jadi isteri ke-2 saya. Kemampuan yang saya ada adalah menjadi imam dan memperlakukan isteri dengan adil,” tulis ustaz berkenaan melalui hantaran sepucuk surat kepada Sasa.
Selepas Sasa menerima surat yang kurang menyenangkan itu, Sasa mulai takut untuk menunaikan solat di masjid berkenaan dan akui dirinya tidak selesa dengan tindakan ustaz terbabit.
Reaksi Netizen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen juga turut memahami perasaan takut yang dialami Sasa, walhal dirinya hanya mahu menunaikan solat di rumah Allah dengan niat yang baik.
Kredit: TikTok Rushkisses_