fbpx

Usahawan tekstil kontroversi iaitu Mariyah Yaakob atau lebih dikenali sebagai Makcik Kemboja dilaporkan tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka kira-kira jam 9 pagi tadi.

Dua Beranak Ini Mengaku Tidak Bersalah

Menurut sumber Mstar, difahamkan Mariyah, 47, dan anak lelakinya Ezuan, 22, dibawa dalam keadaan tangan bergari bagi menghadapi pertuduhan membuat dan dan memulakan kenyataan menggunakan komukasi jelik dengan menghina orang Melayu di media sosial pada bulan lalu.

Walau bagaimanapun, Mariyah mengaku tidak bersalah atas pertuduhannya itu selepas ia dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail. Mariyah dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.

Fakta Kes Dan Pertuduhan

Menurut sumber lagi, Mariyah sebagai tertuduh boleh diperuntukkan hukuman pernjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan. Manakala anak lelakinya Ezuan Hafsham yang juga merupakan Pengarah Mariyah Holding akan dikenakan tuduhan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1908 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Mengikut pertuduhan Ezuan didakwa secara sedar menggunakan perkhidmatan aplikasi TikTok dengan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video yang memaparkan satu perempuan iaitu ibunya mengatakan sesuatu yang jelik sifatnya dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu.

Mahkamah membenarkan Mariyah dijamin sebanyak RM15,000, manakala anaknya RM10,000 dan menetapkan tarikh 12 Januari sebagai sebutan semula bagi kedua-dua kes.

Untuk rekod, Mariyah yang juga pemilik syarikat jahitan pukal Mariyah Holdings Sdn Bhd mencetuskan kontroversi pada bulan lalu apabila beliau mendakwa orang Melayu bersikap pemalas. Video keceluparan Mariyah turut tular sehingga beliau berdepan dengan ancaman boikot dan dikecam teruk oleh netizen terutamanya masyarakat Melayu.

Kredit: Mstar

[fbcomments]