fbpx

Sedia maklum, pembayaran i-Lestari KWSP bagi bulan pertama telah dikreditkan ke akaun masing-masing bermula pada 4 Mei 2020 yang lalu. Manakala bagi yang gagal dikreditkan ke akaun, anda perlu membuat kemaskini akaun bank secara online di Portal i-Lestari atau menerima Cek Jurubank daripada pihak KWSP.

Inisiatif pengeluaran duit KWSP menerusi i-Lestari itu tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan melibatkan pencarum bawah usia 55 tahun yang dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP.

Tarikh pembayaran untuk bulan berikutnya

Bagi permohonan pengeluaran yang diterima pada bulan April 2020, bayaran akan dibuat bermula pada bulan Mei 2020.

Namun bagi pembayaran i-lestari KWSP pada bulan seberikutnya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Cara semakan secara online

1. Layari Laman Web Rasmi i-Lestari secara online menerusi pautan https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php

2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan No. Telefon Bimbit yang disahkan.

3. Klik pada “Saya bukan robot” dan klik pada butang “SEMAK”.


[fbcomments]