fbpx

Salah seorang peserta rancangan nyanyian Famili Duo, Ayda Jebat telah membuat teguran terbuka kepada para netizen berkaitan isu hangat melibatkan Naim Daniel, Sissy Iman dan Mas Idayu baru-baru ini.

Pasangan duo Naim Daniel dan Sissy Iman yang telah mendapat kritikan pedas daripada Mas Idayu di rancangan Famili Duo Ahad lalu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuklah rakan-rakan artis.

Ayda telah memuatnaik Instagram Story dengan teguran agar pihak yang mengambil kesempatan atas isu tersebut untuk berhenti daripada menjadi batu api.

Kepada semua, tak kisahlah siapa pun termasuk influencer, artis sendu, hot ke tak, stop buat parody about Sissy, Naim dan Mummy (Mas Idayu). Tak kelakar dan tak perlu. Tak perlu ride dengan issue yang ada. Jadi minyak nak tambah api. Cari bahan dan cari lain untuk buat content or jadi terkenal. Semoga berjaya ye. Sekian terima kasih.

Dia juga ada memberi kata-kata semangat buat Sissy Iman dan Naim Daniel agar terus bersemangat dan positif.

“Sissy dan Naim, come back stronger. Fikir yang positive, semangat, Insya-Allah semuanya dipermudahkan.”

Sekadar info, Ayda Jebat dan Fyna Jebat merupakan pasangan peserta adik beradik dalam rancangan Famili Duo. Setakat ini mereka menduduki carta tertinggi dalam program tersebut dan sering mendapat pujian juri pada setiap minggu disebabkan persembahan yang memuaskan.

Sumber: Instagram Ayda Jebat

[fbcomments]