Seorang lelaki warga emas dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai rebah ketika sedang membaca al-Quran semasa mengikuti majlis tadarus di sebuah masjid yang terletak di Makassar, Indonesia pada baru-baru ini.
Meninggal Dunia Ketika Baca Al-Quran
Memetik laporan Detik.com, difahamkan kejadian berlaku pada Ahad lalu di Masjid Nurul Ilmi dan mangsa yang merupakan warga emas dikenali sebagai Abdul Rasyid berusia 72 tahun.
Menurut Pengerusi jawatankuasa majlis iaitu Nawadir Rahmat, beliau memaklumkan bahawa Allahyarham meninggal dunia ketika sedang membaca al-Quran selepas menunaikan solat Zohor secara berjemaah di masjid berkenaan.
“Dia juga seorang pentadbir masjid, mengambil bahagian dalam majlis tadarus itu. kerana dia mempunyai semangat yang tinggi untuk membaca al-Quran, mungkin Allah menjemputnya dalam keadaan Husnul Khatimah,” kata Nawadir.
Allahyarham Abdul Rasyid telah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Soppeng pada Isnin.
Kredit: portal Detik.com