Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang berasal dari Patiala, Punjab, India dilaporkan maut akibat disyaki keracunan makanan pada 25 Mac yang lalu selepas menikmati kek coklat sempena sambutan hari jadinya.
A 10-year-old dies after eating birthday cake. The family alleged that their daughter died right after consuming her birthday cake, and other family members fell ill too. A case has been registered against the bakery shop owner under Sections 273 and 304A of the IPC. pic.twitter.com/Qb7U1IEnOn
— Gagandeep Singh (@Gagan4344) March 30, 2024
Keluarga Mengalami Keracunan Makanan
Memetik laporan Times Of India, difahamkan mangsa yang dikenali sebagai Manvi telah menyambut ulang tahun kelahirannya pada 24 Mac sekitar jam 7 petang. Menerusi video yang dikongsikan di atas, dapat dilihat mangsa bersama lima ahli keluarganya menikmati sebuah kek coklat yang ditempah secara dalam talian dari sebuah kedai kek yang terletak di Patiala.
Selepas selesai majlis sambutan hari jadi kira-kira jam 10 malam, beberapa ahli keluarga Manvi yang memakan kek berkenaan mula mengalami sakit perut dan juga muntah-muntah. Manakala Manvi mengadu dirinya berasa sangat dahaga dan mengalami kekeringan mulut.
Maut Lepas Makan Kek Hari Jadi
Jelas sumber lagi, kesihatan Manvi kelihatan semakin merosot dan keluarganya telah membawanya ke hospital pada keesokan harinya. Setibanya di pusat rawatan, pegawai perubatan dikatakan memberikan sokongan oksigen dan elektrokardiogram (ECG) untuk memantau aktiviti jantung mangsa. Bagaimanapun, usaha mereka untuk menyelamatkan mangsa telah gagal.
Manvi disahkan meninggal dunia selepas pihak hospital cuba untuk menyelamatkannya.
Sementara itu, keluarga mangsa mendakwa kejadian itu berkemungkinan berpunca daripada kek coklat yang dibeli daripada sebuah kedai roti. Polis tempatan kini menyiasat kedai roti berkenaan di bawah kesalahan kematian kerana kecuaian dan penjualan makanan atau minuman berbahaya.
Kredit: portal Times Of India, X Gagan4344