Baru-baru ini tular di laman TikTok dan Twitter berkenaan sekumpulan wanita yang mempersendakan bahasa Inggeris yang ditulis oleh seorang lelaki dengan mengatakan bahawa bahasa Inggeris yang dipakai olehnya adalah tunggang langgang dan jangan jadi “bodoh”.

Hal ini telah mencetuskan perbalahan orang ramai menentang mereka dengan sikap yang tiada adab mempermainkan tatabahasa orang lain.

Ejek Tatabahasa Orang Lain Sambil Gelak Ketawa

Berdasarkan video yang dimuatnaik orang ramai di Twitter dan juga sumber Mstar, salah seorang daripada empat sekawan itu dilihat sedang membaca kiriman mesej perpisahan yang ditulis oleh bekas kekasih rakannya itu. Tanpa memikirkan sebarang sensitiviti, wanita tersebut membaca dengan kuat sambil merakam dirinya dan bertindak untuk memperbetulkan tatabahasa bahasa Inggeris lelaki terbabit sambil menggelakkan kiriman yang dihantar itu.

“Weh korang, kalau korang break up kan, make sure English korang yang korang hantar betul tau, sebab kawan-kawan dia bukan bodoh tau, kawan-kawan dia pandai. Kita baca sama-sama”, katanya.

Geli Lelaki Bodoh

“Pertama sekali I nak minta maaf sangat for everything i made it. I made it? Bukan! I have made. We can be a friend. Tak payah, we can be friend cukup. No worries if you want to make a friend..bukan! No worries if you want to be friend with me. You can text or call me like usual. Wah, you want aaa”, ejekan wanita itu sambil membetulkan tatabahasa lelaki berkenaan.

Sambil wanita itu membaca, rakan-rakan yang lain turut memberi galakan dan bergelak ketawa melihat reaksi kawannya yang ‘terpaling pandai English’ itu.

“Itu je la sebab geli sikit dengan lelaki bodoh. Jangan bodoh”, kata terakhir wanita tersebut di akhir video.

Punca Orang Ramai Tak Berani Cakap Inggeris

Melihat reaksi yang diberikan oleh netizen di Twitter, mereka menyatakan bahawa golongan sebeginilah yang menjadi punca seseorang itu tidak berani untuk bercakap bahasa Inggeris kerana takut diejek dan dipersendekan.

Antara komen yang diterima adalah berbunyi seperti “banggalah tu? Ini punca ramai orang takut berbahasa Inggeris. Sebab orang macam ini”.

“Lelaki tu mungkin taip mesej dengan penuh perasaan. Mungkin tak fikir pasal bahasa pun. Akhirnya dimalukan macam tu sekali, secara umum pula tu.

“Manusia terpaling pandai bahasa ‘omputih’ (orang putih) macam ni la perangainya”, antara kata-kata yang dilemparkan oleh netizen.

Kredit: Twitter, Mstar

[fbcomments]