Akibat menegur pemandu lain di lampu isyarat, seorang lelaki dibelasah hingga tujuh gigi patah serta cedera di kepala dan tangan di Jalan Kolam, Kota Kinabalu.

Dipukul menggunakan batang besi
Mangsa yang berusia 21 tahun, telah memandu kereta Honda S660 yang dikatakan berselisih dengan Perodua Alza. Namun, pada ketika itu, mangsa dikatakan telah menegur pemandu kenderaan bersebelahan kerana tak memberi ‘signal’ untuk masuk ke lorong laju.
Walau bagaimanapun, keadaan terbabit menjadi tak terkawal sehingga menyebabkan pemandu Perodua Alza bertindak memecahkan cermin kereta mangsa dengan menggunakan batang besi.
Mangsa turut dipukul di kepala dan tangan dengan menggunakan batang besi tersebut.

Suspek kemudiannya telah masuk ke dalam kenderaannya semula dan terus meninggalkan tempat kejadian.
Mangsa yang cedera telah dibantu oleh orang awam untuk dikeluarkan dari kenderaan. Dia telah menghubungi ahli keluarganya sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
