Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menarik perhatian ramai selepas berkongsi momen menghadiahkan barang kemas kepada isterinya, Datin Seri Shahida baru-baru ini.

Video di bawah:

https://www.instagram.com/reel/DIv8XLwSVHN/?igsh=bzl1aWExYnBueTFr

Tanda Penghargaan Buat Isteri, Aliff Syukri Hadiahkan Barang Kemas Bernilai RM1.5 Juta

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, Aliff dilihat berseloroh sambil memaklumkan bahawa beliau telah menyediakan sebanyak RM1.5 juta untuk membeli barang kemas buat isteri tersayang.

“Kau ingat aku tak ada duit ke? Aku dah sediakan RM1.5 juta!” katanya kepada jurujual dalam nada bersahaja.

Dalam suasana santai itu, Aliff turut menyatakan bahawa isterinya kelihatan lebih anggun dan bergaya selepas mengenakan barang kemas pilihan mereka. Beliau juga menyatakan bahawa pembelian tersebut bukan hanya untuk isteri, tetapi juga untuk anak-anak, sebagai tanda penghargaan terhadap segala usaha dan penat lelah mereka.

“Pakai ni terus nampak macam datin-datin, tak nampak macam mak cik-mak cik.

“Kita beli ni bukan untuk siapa, ni untuk anak bini kita juga. Sayang kena beli banyak, sayang kan dah penat kerja,” ujarnya.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet yang rata-ratanya memuji cara Aliff menghargai isteri yang sentiasa berada di sisi dalam susah dan senang. Ramai yang tersentuh dengan cara beliau mengangkat martabat seorang isteri dan menjadikan momen tersebut sebagai contoh yang baik dalam hubungan rumah tangga.

Namun, ada juga yang berpendapat bahawa video berkenaan berunsur promosi, lebih-lebih lagi apabila lokasi penggambaran dibuat di sebuah kedai emas dan turut melibatkan selebriti Elly Mazlein sebagai jurujual. Ini menimbulkan persoalan sama ada pembelian tersebut benar-benar berlaku atau sekadar sebahagian daripada strategi pemasaran.

Kredit: Instagram aliffsyukriterlajaklaris & shahidadherbs

 

[fbcomments]