Akhirnya setelah 5 tahun berlalu,kini seorang penganggur yang juga merupakan bekas pekerja kilang papan telah didakwa dan didapati bersalah kerana membunuh dan merogol seorang jururawat Klinik Kesihatan.
Pelaku juga gagal dalam rayuan akhirnya untuk mengetepikan hukuman mati atas perbuatan kejamnya itu.
Disaksikan oleh anak berusia 5 tahun
Kejadian berlaku pada Mac 2015. Tertuduh berusia 22 tahun ketika itu telah membunuh Yashmin Fauzi yang juga berusia 25 tahun di rumah mangsa di Kampung Batu Papan, Kelantan.
Suami mangsa merupakan seorang polis bantuan tiada dirumah ketika kejadian kerana sedang bertugas. Namun difahamkan suami mangsa berasa tidak sedap hati dan meminta izin untuk pulang ke rumah.
Tertuduh telah memecah masuk ke rumah mangsa dan bertindak membunuh serta merogol mangsa di hadapan anak mangsa yang berusia 5 tahun sekitar jam 12:20 tengah malam hingga 2 pagi.
Di rogol ketika darah sedang membuak-buak keluar
Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila tertuduh telah bertindak menetak leher mangsa di bahagian kiri dan kanan lalu merogol mangsa ketika darah sedang membuak-buak keluar!
“Perbuatan perayu adalah kejam, agresif dan ganas. Selepas menetak leher mangsa, perayu telah merogol mangsa ketika darah sedang membuak keluar.” – Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nazran Mohd Sham
Menurut mahkamah mangsa mengalami 11 kecederaan antaranya di leher dan tangan. Dalam kes ini perayu (tertuduh) menggunakan parang untuk mengelar bahagian kiri dan kanan leher mangsa. Ini jelas menunjukkan perayu mempunyai niat untuk membunuh.
Meraikan dengan minum 7 botol arak
Menurut Timbalan Pendakwa Raya lagi, pelaku telah pergi ‘meraikan’ perbuatannya dengan meminum tujuh botol arak di sebuah restoran berdekatan dan mencuri wang RM200 serta sebuah telefon bimbit milik mangsa.
Mengikut keterangan kes, ketika suami mangsa pulang dari kerja pada jam 2 pagi, 1 Mac 2015, beliau ternampak isterinya terbaring di atas jalan tar di hadapan rumahnya dengan berselimut tanpa pakaian lalu beliau bergegas ke rumah ayahnya yang berdekatan rumahnya untuk meminta pertolongan.
Keluarga mentua wanita itu membawanya ke Hospital Gua Musang manakala suaminya melihat tiga anaknya berumur enam bulan, tiga tahun dan lima tahun yang sedang berbaring di atas tilam yang berlumuran darah.
Wanita itu meninggal dunia pada 6.40 pagi hari sama dan sebelum itu mangsa sempat menulis nota dibaca: “anak abe mat tanah putih yang rogol dan kelar samun duit”.
Pelaku merayu ringankan hukuman
Mengikut keterangan pelaku, Mohammad Awari ketika membela diri, dia berkata mangsa terjaga dan terkejut ketika menyedari biliknya dimasuki perayu yang ingin mencuri.
Perayu dalam keterangannya sendiri menyatakan mangsa mengalami kesukaran bernafas akibat kelaran di lehernya ketika dirogol.
Terdahulu peguam Ahmad Nizam Mohamed yang mewakili Mohammad Awari berhujah bahawa anak guamnya tidak mempunyai niat untuk membunuh wanita itu sebaliknya mangsa yang meronta-ronta sehingga menyebabkan kematian. Katanya oleh itu kesalahan anak guamnya ialah membunuh tanpa niat.
Walau bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi telah meneliti keterangan dan memutuskan mengenai unsur niat yang dapat dibuktikan oleh pihak pendakwaan .