fbpx

Isu perceraian pelakon Fazura dan Fattah Amin kini menjadi topik perbincangan hangat, dengan pelbagai spekulasi muncul mengenai punca keretakan rumah tangga mereka.

Fazura, melalui peguam syarie yang mewakilinya iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan, mengumumkan bahawa pihaknya telah mengenal pasti beberapa individu yang didapati mengeluarkan kenyataan negatif tentang mereka.

Video di bawah:

https://x.com/itskaytobeyou/status/1838767224414458312?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Fazura Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Kepada Penyebar Fitnah

Menurut Fakhrul, anak guamnya tidak pernah memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai situasi ini, termasuk punca di sebalik permohonan cerai.

Dengan itu, Fazura dan pihak pengurusannya bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penyebaran fitnah.

“Kami sudah kenal pasti empat hingga lima pihak dan akan ambil tindakan terhadap yang memulakan buat kenyataan.

“Pihak pengurusan terkilan dengan kenyataan yang memftnah Fazura. Kami tidak biarkan isu sebegini dibangkitkan,” jelas Fakhrul.

Pihak pengurusan meluahkan rasa kesal terhadap kenyataan yang tidak berasas dan berusaha untuk menyelesaikan isu ini dengan segera.

Fakhrul juga menekankan bahawa alasan perceraian telah dikemukakan di mahkamah, dan kedua-dua pihak tidak pernah memberikan kenyataan mengenai kehidupan peribadi mereka.

“Kita nak cuba selesaikan tanpa mengaibkan mana-mana pihak. Fazura tak pernah buat kenyataan curang. Buat masa ini atas dasar tiada persefahaman,” tambahnya.

Fazura turut mengakui bahawa beliau menyedari kenyataan yang mungkin dibuat oleh orang terdekat tentang perkahwinannya, namun beliau memilih untuk tidak memberikan sebarang komen lanjut.

Berikutan prosiding hari ini, kes permohonan cerai mereka telah ditangguhkan hingga 7 Oktober yang akan datang.

Kredit: Mstar, X itskaytobeyou

 

 

 

[fbcomments]