fbpx

Jika sebelum ini, pelawak, Achey meluahkan rasa bimbang mengenai kesihatan bapanya iaitu Hamzah Salam yang dikatakan tidak sedarkan diri sejak awal pagi semalam, di rumah kediaman keluarganya di Segamat, Johor.

Terbaru, menerusi Instagram, Achey memberitahu bahawa bapanya sudah meninggal dunia.

Tetap dalam diri kami

Tiada lagi abah. Tapi abah tetap dalam diri kami.

Menurut Achey, ayahnya telah meninggal dunia sebentar tadi. Tambah Achey, arwah ayah sentiasa berada di dalam diri dan ingatannya.

Sahabat semua,mohon doakan abah @acheykintangkintung yang baru sahaja meninggalkan kita semua, kuat sahabat, semoga abah ditempatkan bersama orang-orang beriman, AL FATIHAH.

Sebagai sahabat baik Achey, Fad Bocey turut memohon agar netizen mendoakan arwah ayah Achey. Rata-rata rakan artis dan peminat turut memberikan ucapan takziah buat Achey dan keluarga.

[fbcomments]