Masihkah anda ingat dengan kisah seorang pesara guru bernama Chung yang mengumpul timbunan sampah di kediamannya di Simpang Pulai? Kisahnya pernah tular dan telah mencuri perhatian ramai.


Berbasikal hingga lewat malam

Dikatakan Chung sering dilihat berbasikal hingga lewat malam mengutip sampah dari premis berhampiran yang kemudian dibawa pulang.

Malah sesetengah pihak mendakwa wanita itu terpaksa memanjat longgokan sampah di halaman untuk masuk ke dalam rumahnya.

Tiada masalah mental

Tidak dinafikan pasti ramai yang beranggapan bahawa guru ini mempunyai masalah mental.


Namun, apa yang mengejutkan ujian saringan kesihatan mental (DASS) yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kinta mengesahkan bahawa kesihatan Chung Sook Khuan yang berusia 63 ini seperti manusia normal lain. Ini bermakna beliau adalah normal dan tidak mengalami masalah mental.

Malah menurut Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud, ujian gula dalam darah dan tekanan darah pesara guru itu juga berada di paras normal.

Sikap dan perangai biasa dia

Cuma apa yang difahamkan daripada psikiatris, ini mungkin disebabkan oleh ‘habitual action’ ataupun sikap atau perangai biasa dia.

Itu merupakan habit (tabiat) normal, maknanya awal pagi bangun pukul 8, dia akan pergi kutip sampah dan kalau tak ada tempat yang nak jual atau asingkan sampah tersebut, dia akan letakkan longgokan sampah itu di dalam kawasan pekarangan rumah dia.

Kini difahamkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah membersihkan sampah di rumah itu sekurang-kurangnya tujuh kali sejak beberapa tahun lalu.

Malah pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut memberikan sesi kaunseling dan akan terus membuat pemantauan berterusan.

Ada perubahan, beliau tidak lagi mengutip sampah dan memunggahnya di rumah, tetapi terus dibawa ke pusat kitar semula berhampiran.

[fbcomments]