Sesuai dengan pemodenan arus semasa, kini anda tidak perlu lagi menampal pelekat roadtax di kereta mahupun membawa lesen memandu secara fizikal.
Menerusi sidang media khas oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia hari ini, beliau mengumumkan pemilik kenderaan persendirian kini boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ.
“Mulai 10 Feb 2023, pemilik kenderaan persendirian, yang merupakan warganegara Malaysia, boleh menggunakan mod paparan LKM Digital ataupun e-LKM dan LMM (Lesen Memandu Malaysia) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ, dibawah satu projek perintis yang dilaksanakan secara ‘in-house’ oleh JPJ.
“Saya ucapkan tahniah kepada pihak pengurusan JPJ dan juga pasukan IT kita dalam JPJ kerana telahpun membangunkan aplikasi ini secara in-house”
Perkara ini dibuat sejurus menerima makum balas orang ramai berhubung masalah yang sering dihadapi berkaitan pelekat ‘roadtax’.
“Saya mengalu-alukan semua pemandu dan pemilik kenderaan untuk beralih ke platform digital. Dengan pendigitalan, keadaan sesak dan beratur panjang di kaunter JPJ akan berkuran dan ini akan menyumbang kepada produktiviti dan keselesaan rakyat.”
Masih boleh pakai pelekat jika…
“Namun, jika anda masih belum bersedia atau tidak mempunyai telefon pintar, anda masih boleh mengekalkan amalan memapar pelekat roadtax atau kertas LKM dalam tempoh interim ini.”
Anda boleh terus mendafar akaun secara digital melalu portal awam JPJ atau pun aplikasi mobile My JPJ yang boleh dimuat turun dari App Store, Play Store dan Huawei App Gallery.