Baru-baru Ustaz Ebit Lew telah membantu lagi satu keluarga yang terdiri daripada seorang ibu tungga bersama 5 orang anaknya. Apa yang sayunya ialah keluarga ini tinggal di bilik kecil dalam kilang kayu di Pahang.
Arwah suami kerja kilang kayu
Difahamkan mereka telah tinggal di kilang ini selama 3 tahun. Arwah suami akak ini bekerja di kilang kayu tersebut. Baru sahaja meninggal tak sampai setahun.
Setelah suaminya meninggal dunia, kini isterinya pula bekerja di kilang kayu tersebut mengganti tugas arwah suaminya bagi meneruskan kehidupan bersama anak-anak.
Tinggal di bilik satu ruang
“Sebak sayu ziarah kakak ini bersama 5 orang anaknya tinggal di bilik kecil dalam kilang kayu di batu 6 jalan Gambang Pahang. “
“Risau saya tengok habuk kayu. Ya Allah kasihannya. Sekarang kakak ini dibantu tinggal dibilik tu bersama anaknya. Cuma satu ruang sahaja. Tiada katil. Tiada apa-apapun. Peti ais mesin basuh semua tiada. Kosong. Tapi barang semua tersusun kemas jer.“
Result SPM anak dapat 5A
Apa yang membanggakan ialah, salah seorang anak akak ini baru sahaja habis SPM dan keputusan SPM nya ialah 5A.
“Tengok result spm anaknya 5 A. Terharu tengok. Cerdik dan baik anak kakak ini. “
Anak ini bercita-cita nak lanjutkan pelajarannya di Matrikulasi dan ingin menjadi seorang akauntan. Manakala adiknya pula, yang bakal menduduki SPM ni turut mempunyai keputusan pembelajaran yang cemerlang di sekolah dan bercita-cita ingin melanjutkan pelajaran demi mencapai impiannya,untuk menjadi saintis.
“Syukur pada Allah keluarga dari bilik kilang kayu di Batu 6 ini dapat pindah ke rumah cantik. Saya dapat sewa dari asal rm900 ke rm700. Saya belikan peti ais, mesin basuh, 5 katil dan tilam. Saya beri duit belanja buat kakak ini dan duit raya untuk anak-anak.”