Pujuk isteri merajuk merupakan antara perkara yang sering dianggap leceh oleh kaum lelaki. Namun, perkara ini sebenarnya sangat mudah jika anda tahu cara yang betul. Jangan risau jika isteri merajuk dan bermasam muka, tips ini pasti dapat kembalikan senyuman di wajah mereka.
Jom, teruskan membaca 6 tips berkesan untuk pujuk isteri merajuk!
Tips 1: Jadi Pendengar Yang Baik
Pertama sekali sudah tentulah untuk menjadi pendengar yang baik. Duduk bersama isteri dan minta dia jelaskan semua perkara yang menyakiti hatinya. Daripada bersifat defensive dan cuba untuk menjawab luahan isteri, adalah lebih baik jika anda berdiam dan cuba memahami perkara yang disampaikan isteri.Mungkin masalah itu telah lama dipendamnya.
Isteri juga mungkin terlalu mengikut emosi pada ketika in, jadi perbincangan sewaktu luahan ini bakal menjadi sia-sia. Seeloknya, cuba menjadi air kepada api dan cari waktu ketika isteri sudah bertenang untuk berbincang kembali perkara tersebut.
Tips 2: Tolong Buat kerja rumah
Anda juga boleh pujuk isteri merajuk dengan meringankan beban isteri dalam menguruskan hal-hal kebersihan rumah. Perkara seperti tolong membasuh pinggan, menyapu rumah sangat memberi kelapangan kepada para isteri yang telah sering menggalas tanggung jawab ini. Bayangkan melihat rumah yang bersih dan berkilat ketika sedang marah, pasti isteri anda terharu dengan usaha yang ditunjukkan ini. Malah, isteri pasti bertambah sayang dengan anda yang prihatin terhadapnya.
Tips 3: Belikan Hadiah yang diinginkan
Sama ada anda melakukan kesilapan atau tidak, anda boleh membeli hati isteri dengan menghadiahkan barangan yang diinginkannya.Barangan tersebut tidak semestinya mahal tetapi cukup sekadar memenuhi keinginan isteri. Contohnya, anda boleh dapatkan lipstick kegemaran isteri atau sehelai tudung baru. Jika ada bajet lebih, sudah tentu anda boleh memberi barangan yang lebih mahal seperti barang kemas dan beg tangan. Jika tidak, sekeping coklat kegemaran mereka juga boleh memujuk hati isteri yang sedang kecewa. Pasangan pasti tersentuh dengan keikhlasan anda.
Tips 4: Masak Untuk Isteri
Tips yang paling berkesan adalah dengan menghidangkan makanan buat isteri tersayang. Walaupun anda boleh membeli makanan dari luar, adalah lebih baik jika anda memasak sendiri hidangan buat si suri hati. Jangan risau jika anda tidak cekap memasak! Banyak resepi yang terdapat di internet yang mudah dah senang diikuti. Lagipun, terdapat banyak produk yang boleh membantu anda menyediakan makanan dengan cepat. Contohnya, dengan menggunakan produk Pasta Kimball!
Dengan produk Pasta Kimball, anda boleh masak bagaikan chef profesional! Ingat, memasak ini bukan tugasan wanita sahaja tau! Lebih-lebih lagi dengan produk Pasta Kimball, kaum lelaki, pelajar, anak-anak, #semuabolehmasak! Ianya sangat mudah dan senang untuk digunakan. Anda juga boleh dapatkan produk Pasta Kimball di hampir semua kedai runcit berhampiran dengan harga yang berpatutan! Memang satu kepuasan bila dapat sediakan makanan yang penuh nutrisi dari air tangan sendiri dengan harga jimat!
Kimball menyediakan pelbagai produk yang terdiri daripada pelbagai jenis sos pasta dan pasta yang boleh dijadikan hidangan. Kimball melengkapkan juadah anda dan dipercayai sedari zaman 70-an lagi. Rujuk resepi dari pasta Kimball yang bervariasi di sini!
Tips 5: Bawak Makan Angin
Jika pasangan anda merupakan orang yang suka berjalan, anda boleh membawa isteri ke tempat-tempat menarik. Lakukan carian tempat yang menarik di sekitar anda seperti kafe, muzium, taman ataupun pantai. Melihat kehijauan dan melakukan aktiviti seperti ini dapat memberi ketenangan minda kepada anda dan pasangan. Ada juga isteri yang suka mencuci mata di pusat beli-belah. Sediakan satu hari untuk membawa isteri anda membeli-belah dan melayan karenahnya. Sudah tentu isteri anda akan berasa gembira!
Tips 6: Minta Maaf dan Berubah
Akhir sekali dan yang paling penting adalah dengan meminta maaf. Tidak kiralah salah anda atau pasangan, turunkan ego dan luahkan kata maaf. Kata maaf yang ikhlas bakal melembutkan hati pasangan. Anda juga perlu berjanji untuk berubah dan tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi. Pastikan ianya datang dari hati dan buka hanya sekadar di bibir sahaja. Meminta maaf menunjukkan kematangan dalam hubungan.
Kesimpulannya,
Anda perlu tunjukkan usaha untuk memenangi kembali hati isteri tersayang. Cuba gunakan tips-tips ini untuk pujuk isteri merajuk! Semoga berjaya!