Pelakon Sharnaaz Ahmad dilihat hadir ke konsert Malam Bulan Bintang bersama seorang wanita.
Dalam video yang dikongsikan @bulanbintangsite, Sharnaaz duduk bersebelahan pelakon Beto Khusyairy dan isterinya serta barisan pelakon lain seperti Nadhir Nasar dan Mierul Aiman.
Sewaktu persembahan Datuk M Nasir yang bertajuk Tanya Sama Itu Hud Hud, sebilangan penonton telah turut bersama menyanyikan lagu tersebut. Ini termasuklah Sharnaaz yang menyanyikan lagu itu sambil memandang ke arah wanita yang duduk bersebelahan dirinya.
@bulanbintangsite Ismet brothers! #malambulanbintang #bulanbintang #nadhirnasar #mierulaiman ♬ original sound – bulanbintangsite – Fatin Jual Bulan Bintang
Tindakannya itu menimbulkan tawa wanita tersebut serta rakannya Beto Khushairy.
Menjengah ruangan komen, rata-rata turut tertanya-tanya gerangan wanita tersebut.
Sekadar info, Sharnaaz Ahmad pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017 sebelum pasangan itu mengambil keputusan bercerai pada 9 Julai 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jebat Jayden Ahmad.
Kredit: Tiktok @bulanbintangsite