Seorang pengguna laman Twitter, Afdlin Arifin memuat naik sebuah posting mendakwa terdapat seorang lelaki warga emas yang menghidap strok ditinggalkan oleh anaknya di tepi jalan.

Perkara itu diketahui selepas bapanya melakukan rondaan di sekitar kawasan Kota Kemuning, Selangor yang membantu warga emas terbabit sebelum dibawa menaiki ambulans.

Bapa siapa ni tinggal tepi jalan

Kalau tak nak, bagi saya…

Mungkin dia kurang sihat

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir individu mengatakan berkemungkinan warga emas terbabit kurang sihat.

Harap ahli keluarga atau waris pakcik ni boleh tampil menjelaskan situasi sebenar.

Sumber : Twitter

[fbcomments]