Seorang wanita berniqab mencuri perhatian ramai di TikTok selepas memuat naik foto mesranya bersama pelakon Azlan Komeng di dalam kereta.
Video di bawah:
https://vt.tiktok.com/ZShjv8qmk/
Tular Foto Mesra Wanita Berniqab Bersama Azlan Komeng, Netizen Dakwa Bakal Madu Nur Nilam
Menerusi kapsyen yang dilampirkan, wanita dikenali sebagai Maizila itu meluahkan rasa rindu dan bersyukur atas kehadiran Azlan dalam hidupnya.
“Alhamdulillah, terima kasih sayang sebab sentiasa ada walaupun sibuk dengan kerja. Lepas rindu dekat sayang seorang ni,” tulisnya ringkas.
Perkongsian tersebut pantas menjadi bualan hangat warga maya, terutama apabila timbul dakwaan mengatakan Maizila adalah bakal isteri kedua kepada Azlan, sekali gus dikaitkan dengan rumah tangga usahawan Nur Nilam Ortiz.
Susulan tularnya hantaran itu, ramai netizen tampil memberikan pelbagai reaksi, di mana ada yang mengecam Maizila kerana didakwa menjadi punca keretakan hubungan Azlan dan Nilam, malah ada juga yang tertanya-tanya sama ada wanita tersebut sebenarnya sudah pun bergelar isteri kepada pelakon itu.
Sebelum ini, Nilam pernah mendedahkan bahawa suaminya akan berkahwin lagi dan dia sendiri telah pun bertemu dengan wanita yang bakal menjadi madunya.
Menerusi satu video lain, Nilam turut berkongsi kehadirannya di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, dipercayai bagi urusan berkaitan rumah tangga. Dalam video berkenaan, Nilam dilihat mengenakan jubah dan tudung hitam, seolah-olah menggambarkan dirinya sedang berusaha menjaga hati dan ketenangan jiwa.
Untuk rekod, Azlan dan Nur Nilam telah mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.
Kredit: TikTok maizila1